Wednesday 29 June 2011

peristiwa Israk dan Mikraj

www.tips-fb.com



Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Sempena Israk dan Mikraj dan kisah nabi mengajarkn doa....

www.tips-fb.com

Assalaa'mualaikum..
Selamat menyambut Israk dan Mikraj kpd semua muslimin dan muslimat.semoga anda menghayati peristiwa israk dan mikraj...insya'Allah

ini kisah nabi kita nabi Muhammad SAW
saudara sekalian,suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih.lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kpdnya"wahai sahabat,mengapa kamu bersedih?"lantas sahabat tadi menjawab "ya Rasullullah,aku bersedih krn beban kehidupan yg terlalu berat di atas pundakku."
"apa dia?"kata rasullullah
"hutang yg membelenggu diriku dan kesedihan yg mengikat sanubariku."
lantas baginda SAW bertanya"apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,satu amalan yg jika kau amalkan nescaya segala kesedihan,segala kedukaanmu akn diangkat oleh Allah SWT akn dipulihkan akn diganti dgn kegembiraan dan kebahgiaan?"
"balaa ya Rasullullah.sebutlah apakah doa apakah amalan itu ya Rasullullah."
lantas baginda mengajarkan sepotong doa."Wahai sahabatku,jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap  ptg,insyaAllah sebanyak manapun hutangmu akn dillunaskan Allah SWT.setebal manapun kedukaanmu akn dilenyapkan oleh Allah SWT.
apakah doa itu saudaraku sekalian?baginda mengajarkan doa tersebut.

"Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.
Aku berlindung kepada-Mu Ya Allah dari sifat lemah dan malas.
Dan aku berlindung kepada-Mu Ya Allah dari sifat penakut dan bakhil.
dan aku berlindung kepada-Mu Ya Allah daripada beban hutang dan tekanan perasaan oleh orang lain."
Ya Allah ya tuhan kami,akhirnya kami mohon kepada-Mu jgn kau bebankan kami dgn dosa-dosa kami yg Allah.Ampunkan dosa kami Ya Allah ampunkan dosa kami Ya Allah ampunkan dosa ayah dan ibu kami ya Allah.itulah ayah yg tlh byk berkorban utk kami.itulah ibu yg telah mengandung melahirkan kami dgn penuh penderitaan.Ampunkanlah dosa ayah ibu kami yg masih hidup apatah lagi yg telah pergi.
Ampunkan dosa kami sebagai anak ya Allah,ya Allah.kiranya selama ini kami pernah menyakiti hati mereka,kami pernah mengkhianati mereka kami pernah mengecewakan mereka.Ya Allah jangan Kau jadikan dosa itu belenggu di hati kami,penyebab kedukaan kami ya Allah.lapangkanlah hati ini dgn Kau ampunkan segala dosa-dosa kami.
Ampunkan dosa isteri dan anak-anak kami ya Allah.Ampunkan dosa seluruh keluarga kami abg,kakak, adik. makcik. pakcik kami.Ampunkan sahabat-sahabat kami ampunkan jiran tetangga kami.Ampunkan seluruh muslimin dan muslimat ya Allah.
Angkatlah kedukaan ummat ini yaAllah.Angkatlah kesedihan ummat ini ya Allah.jadikanlah kesedihan ini suatu kebahgiaan.menangkanlah ummat Nabi Muhammad SAW.hentikanlah segala musibah hentikanlah segala bencana menimpa ummat Nabi Muhammad SAW.menangkanlah ummat ini ya Allah atas musuh-musuh kami.hancurkan musyrikin kuffar.hancurkan siapa saja ya Allah yang ingin menghancurkan agama-Mu.
Ya Allah menangkan kami di dunia menangkan kami di akhirat dgn Syurga-Mu ya Allah.muliakan kami di dunia,muliakan kami di akhirat ya Allah.
amin ya rabbal alamin


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Tuesday 28 June 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

www.tips-fb.com



hai kawan2,seperti yg aku janjikan inilah keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2011 bagi kakak Nurin dan kakngah Pia...walaupun agak merosot dr sebelum nie aku tetap bersyukur dan bangga menjadi mama kakak dan pia.tadi papa pon dah kol mama tanya tentang result anak2nya.tergelak papa bila mama bagitau semua.papa memang pandai masa sekolah dulu sebab tu dia nak anak2 dia pon pandai jugak seperti papa.takperlah kakak dan pia sayang janji dah cuba yg terbaek utk mama papa lagipun persaingan hebat di kelas.jadi utk peperiksaan akhir tahun nie mama papa berharap kakak dan pia belajar bersungguh2 demi keputusan yg terbaik utk menjadi anak yg cemerlang dan terbilang.inilah harapan seorang mama dan papa juga yg lain.mama papa doakan ank2 semua berjaya amin ya rabbal alamin.insya'Allah.

KEPUTUSAN KAKAK
  1. BAHASA MELAYU KEFAHAMAN 80
  2. BAHASA MELAYU PENULISAN 82
  3. BAHASA INGGERIS 85
  4. AGAMA ISLAM 98
  5. BAHASA ARAB 92
  6. MATEMATIK 64
  7. SAINS 68
  8. PENDIDIKAN SIVIK KEWARGAAN 95
  9. KAJIAN TEMPATAN 83
  10. KEMAHIRAN HIDUP 72
PSV,PS DAN PMZ SCORE A             
JUMLAH 557/600 PERATUS 79.6% KEDUDUKAN 10/39

KEPUTUSAN KAKNGAH PIA

  1. BAHASA MELAYU 86
  2. SAINS 80
  3. BAHASA INGGERIS 78
  4. AGAMA ISLAM 73
  5. BAHASA ARAB 49
PENDIDIKAN SENI,MUZIK DAN PENDIDIKAN JASMANI SCORE A      
JUMLAH 319/400 PERATUS 80% KEDUDUKAN 31/32

syukur alhamdulillah walaupun tdk seperti yg mama papa harap tp mama berpuas hati kalau boleh kakak dan pia usaha lebih gigih lagi.
target mama sekarang  kena fokus pd pelajaran ank2 kami dan kena antar tusyen mana mata pelajaran yg lemah ini.
tadi pun sempat survey tempat tusyen yg berkualiti utk persediaan peperiksaan akhir tahun 2011...fuhhh risau sebab kakak lgi 2 tahun nk UPSR....

okaylah kwn2 semoga entry sy ini menjadi info buat semua bakal2 ibubapa yg berjaya.insyaAllah.
ibarat melentur buluh dr rebungnya

buah cempedak di luar pagar,
ambik galah tolong tunjukkan,
ank2  baru belajar,
kalau salah tlong tunjukkan..

sekian terima kasih
p/s utk tatapan papa di kpl


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Sunday 26 June 2011

kisah puteri sulung kami Nurin Syakira

www.tips-fb.com



Assalaa'mualaikum....bertemu kita lgi utk entri kisah ank sulung kami plak yg kami panggil kakak tp papanya panggil taltak ermm papa brgurau tue.haaa..kalo tgok gmbr kami di atas inilah gmbr family yg pertama kami ambik di kedai gmbr selepas majlis penyampaian hadiah anugerah cemerlang 2009.masa nie kakak berumur 8 thn bersekolah di Sek Keb Taman Seri Pagi dlm tahun 2.Alhamdulillah kakak mendapat tempat pertama dlm kelas.wahhhh! sungguh bangga kami tgok pencapaian kakak dlm pelajaran.okay kakak nie ada kelebihan yg tersendiri.masa kecil2 dia sangat lasak dan nakal.dia dilahirkan pd 1.11.2001 wah! cantik kan tarikh bersiri nie di Hospital Columbia Asia jugak secara normal.boleh dikatakan ketiga2 ank kami doktor Intan juga yg menyambutnya.Alhamdulillah...kakak bercita2 ingin menjadi saintis, astronomy dan pereka cipta juga pereka fesyen muslimah katanya.mak !oiii byknya cita2 kakak nie.mana satu kakak jadi agaknya dh besar nnt.ermm mama dan papa doakan kakak berjaya dgn cemerlang dan menjadi saintis yg berjaya.amin..... kakak ni ada dua sikap yg berbeza di rumah dia jadi tdk matang sb bercampur gaul dgn adik2nya tp bila di sekolah secara automatik dia berubah menjadi matang bila bergaul dgn kawan2nya.dia tdk boleh ditegur atau dimarah akn memberontak dgn mama.sb mama dia selalu marahkan bebelkan dia.inilah ank2 sekarang xboleh ditegur dimarah so kena tahan betul ragam ank2 kena ada kesabaran yg tinggi tau!bukan senang nk jadi mama ibu yg terbaek tp aku akn cuba sedaya upaya utk menjadi isteri mama terbaek.insyaAllah.haaa lgi satu kakak nie dia ada deria yg org lain x ada boleh nampak sesuatu yg misteri.kalau nk cerita nnt kwn2 takut plak.masa dia kecil dia boleh nampak makhluk halus.Allahualam...sampai aku sendiri pon jadi takut kdg2 disebabkan kakak terlalu takut walaupun di siang hari tp semenjak dia menghadiri kelas Fardhu Ain mengaji Al-Quran makin lama dia makin okay.dh tak takut lagi.utk peperiksaan tahun lepas dia mendapat 10A kira score A semua mata pelajaran  tp msuk tahun 4 Amanah mata pelajaran makin lama makin susah keputusan dia merosot skit tp still belajar dlm kelas the best di sekolahnya itu.alhamdulillah...sebab selama nie papa dia  belikan sistem SCOREA PROGRAMME e-learning yg aku ceritakan sebelum nie.memang terbaiklah sistem tue jadi kakak mengulangkaji pelajaran menggunakan sistem itu..kalau kwn2 nk mencuba bolelah PM di facebook aku sebab aku dealer ler...pelanggan dan dealer scoreA programme.ermmm apa lagi kelebihan kakak nie.aku  sebagai mama sentiasa memperbaiki diriku menjadi mama yg boleh mendidik ank2 yg solehah.akulah sebagai contoh mereka so kalau aku sembahyang aku akn mengajak ank2 berjemaah sekali begitu juga papanya kalau papa pulang bercuti kami solat berjemaah.tp bila ank2 dh pandai sembahyang mereka dh boleh solat dgn sendirinya...aku belikan buku2 agama dan kakak nie sgt suka membaca.abis semua majalah buku2 komik2 dia baca.Alhamdulillah...dan dia suka bermain games menggunakan lappyku ini.kdg2 kami berebut2 nk pakai yg penting aku akn menyuruh kakak buat latih tubi ScoreA dlu bru boleh bermain games.adoii !kdg2 leka main games smpi xingat nk mkn.itulah shj kisah kakak yg boleh kuceritakan setakat nie sb idea pon  xda kwn2... mama papa doakan kakak menjadi ank yg solehah dan berguna menghormati org tua.jgn lupakan mama papa ye kakak....utk papa onboard happy sailing.Smoga papa selamat pergi dan balik kepangkuan kami nnt.amin....okay lah selamat malam semua.Smoga anda mimpi yg terindah mlm nie.t.ksih


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Saturday 25 June 2011

kisah puteri bongsu kami Putri Naziera

www.tips-fb.com






Hai kwn2 apa khabar?apa aktiviti ari sabtu nie?aku?ermmm biasalah setiap ari Sabtu aku menghantar ank2 kami yg sulung kakak dan kakngah English Tutorial start pukul 11pg smpi 2.30ptg lama kan.. adalah waktu rehat mereka tue dlm satu jam .okay arini aku nk menceritakan pulak episod tentang puteri2 kesayangan kami nie yg aku gelarkan mereka powerpuff girl.episod perkenalan percintaan pertunangan perkahwinan kami tlhpun aku ceritakan sebelum nie jadi bagi kwn2 yg tdk baca so xfahamlh ye cerita tentang kami.haaa....yg dlm gmbr itulah ank bongsu kami yg aku panggil baby tp papa dia panggil dia telbi..papa dia memang suka bergurau dgn ank2 tp aku seorang mama yg amat garang.ank2 kdg2 takut jugak dgn aku nie sb mulut aku asyik membebel sambil mencubit.eloklah tue kena salah seorang garanglah nnt ank jdi manja xboleh ditegur sgt xboleh dipaksa belajar ikut mood mereka sendiri.aku dh faham sgt gelagat ragam kehendak ank2 nie kdg2 marah yg teramat sb mereka suka buat sepah tp taknak kemas balik hadoiii.kelam kabut mereka mengemas balik takut dgn mama.okaylah sebenarnya ini kali kedua aku post ttg baby sb entry pertama pgi tdi yg aku karang sudah ilang entah kemana sungguh hancuss hatiku sb terpaksa mengarang semula...sbrjelah.tp aku sgt gumbira pd ari jumaat aritu. teacher baby Smart Reader Kids suuh aku dtg ambik report card baby.fuh berdebar2 jugak hatiku sb takut pencapaian baby kurang memuaskan tp bila aku jumpa teacher she said"putri is very good and independent .putri jugak sgt minat belajar katanya.cuma motor skill putri kurang baik iaitu tulisan dia .tp jawapan dia semua betul maybe dia dah sekolah di tadika lain sebelum nie."(speaking brselang seli dgn bahasa melayu sungguh baik teacher principal tue)aku jwb "thank you very much teacher tp putri sebelum nie tdk pernah bersekolah tadika hanya duduk di rumah."sambil tersengeh jadi teacher pon terperanjat .wahh! apa lagi kembang kembis lah hidungku bila teacher puji anak kami.siapa tak gembira bila dapat tahu anak pandai cerdik dan keputusan peperiksaan baby sgt mengejutkanku.cuma penulisan baby yg sgt kurang baik sb nak cepat buat jer sb yakin jawapan dia betul.hehe.teacher tanya sebelum nie dia bersekolah tadika di mana?aku cakap dia hanya duduk di rumah menemaniku semasa umurnya 5 thn la ni dh berumur 6 thn so thun depan masuk thn satu yeayy!teacher agak terkejut sb dia sgt cerdik spt dh bersekolah sebelum nie.alhamdulillah keputusan baby sgt baik inilah resultnya kwn2 BAHASA MELAYU 95 ENGLISH 98 SCIENCE 92 MATH 98 .thank you very much Smart Reader Kids teacher.inilah yg mama papa banggakan bila ank2 dapat keputusan cemerlang dlm pelajaran.papa dia amat menitikberatkan pelajaran sb papanya dlu setiap tahun dpt tempat pertama dlm kelas.memang papanya sgt pandai sb tue jdi enggineer perkapalan .mama dia hehe adalahhh tp okaylah dpt msuk asrama walaupun xmasuk universiti.tahniah baby sb baby dh berjaya dgn cemerlang.mama papa sgt sayangkan baby kakak dan kakngah.mmuahhh!mama papa doakan baby,kakak kakngah berjaya dgn cemerlang gemilang dan menjadi ank yg solehah dan cerdik pandai.amin. baby nih sgt nakal orgnya dan suka menyakat kakak dan kakngah dia tp baby sgt matang.kdg2 baby yg handle kakak dan kakngah.sgt suka tergelak dan suka menolong mama.dia sgt rajin belajar di rumah.menonton tv adalah kegemarannya.ceta yg paling dia suka Akademi fantasia,Maharaja lawak dan Mari Menari.sume lagu dia hafal sambil menyanyi dan menari.adoiii! ank bongsu kami nie.kdg2 aku tergelak tgok gelagat baby tue.dialah yg menemani mama bila kakak dan kakngah pergi sekolah atau Kafa kelas fardhu ain.sangat becok macam2 soklan bernas dia tanya.sampai aku pon tak terlarat nk menjawabnya.tp kalo papa dia balik bercuti papalah jdi tempat bertanya pulak.papa xgarang sgt sebab papa balik bercuti dr kapal hanya 4 bulan ,paling sekejap sebulan lebih paling lama setahun bercuti.masa tue lah anak2 kami ingin bermanja dgn papa.mama lagiiiiiiiiiiiii nak bermanja dgn papa hikss!xpuas bermanja dgn papa@abg syg.kami sgt sayangkan papa sepenuh hati kami.t.ksih papa.oh ya lupa lak nk beritau baby lahir pada 10 Mac 2005 di Hospital Columbia tp bukan Columbia oversea tue tp di Seremban Negeri Sembilan ler...hehe gempak pulak aku bersalin di oversea.bersalin secara pembedahan sb masa dlm rahim sb tali pusat baby hampir terbelit di lehernya jadi doctor Intan kata pd suamiku aku harus di bedah segera jika tdk membahayakan mama dan baby...cpt2 abg syg kata ok doctor krn sgt risau.masa tu abg syg berada dlm labour room menemaniku.fuh!ingat bersalin pembedahan xsakit ker lepas operate lgi bisa tau!Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.tp kakak kakngah aku bersalin secara normal cuma baby jer.alhamdulillah semua selamat...abg syglah yg paling gumbira sekali bila tgok baby bru lahir.yg pertama skali kami tgok ialah hidung dan kulitnya hehe tp kami xkisah sgt janji kami semua selamat itu yg penting . ANAK adalah anugerah yg sgt ternilai.anak ibarat kain putih yg perlu kami corakkan dan warnainya dgn didikan yg baik.insyaAllah.hah!dh pukul 2pg!okaylah kwn2 aku terpaksa berundur diri sb dh lewat nie aku harus tidur esok nk menguruskan ank2 tanpa abg syg di sisi.abg syg jgn risau ye azie boleh handle ank2 semua.abg syg kerja baik2 ye.berhati2 semasa bertugas okay dan selamat belayar kpl.t.ksih kwn2 bye semua
p/s kwn2 ini catatan pd ari sabtu tp dh ilang so aku terpaksa taip balik pagi ahad ni huhu sbrjelah


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Wednesday 22 June 2011

fuyoooo! lama tul berehat dr dunia blogging

www.tips-fb.com

              Assalaa'mualaikum...hello kwn2ku sekalian,sudah lama ku tdk menjenguk blogku kira hampir dua minggu jugak rasanya...waduh2 maafkanku sb tdk sempat meluangkn masa brsama blog.disebabkn rutin harianku terlalu dan teramat sibuk sehingga masa utk berehat hanya sementara shj..almaklumlh aku ni surirumahtangga sepenuh masa jdi semuanya aku yg handle....fuh!tiada bibik dong...berpeluh ketiak jugak nih.akulah driver akulah pegawai kewangan akulah bapa akulah bibik kira akulah CEO rumah kami  syurga kami ini.almaklumlah suamiku bertugas di lautan samudera ...tp bila suamiku pulang bercuti akulah Ratu dapatlah berehat hee.kalo dh jdi surirumah maka kerja rumah brlambak nk dikerjakan hehe.inipun belum abis lagi kerja rumah spt melipatkain kerja yg paling aku kurang minat.membasuh kain aku amat minat skali.memakai kain lgilah aku suker..eh memakai kain plak memakai baju  hehe..lgipun sejak seminggu nih kepalaku agak pening xtahu kenapa maybe rindukan pd si dia tuh yg jauh di mata tp dekat di hati.bak lirik lagu ashiteru tue walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat....alamak !baru 2 bulan abg bertugas sebagai enggineer di kpl laut  so lgi 2 bulan fren..abg kata tahun ni dia nak beraya bersama kami..wahhhh bestnyer abg syg xsbr nk beraya sb tahun lepas tdk dpt beraya bersama2 tp tahun2 sebelumnya dpt jugak.sungguh lambatnye masa brlalu kalo aku menghitung hari.tp kalau aku busykan diri masa itu akn jdi sepantas kilat mak oi...!pejam celik pejam celik dh 2 bln kan kan...sabar jelah.inilah kehidupan seorg bini pelaut yg hampir setiap waktu menanti kehadiran suami trsyg di sisi.dlu masa aku blum ada anak masa becinta masa brtunang masa bru brkahwin memang hebatku menangis brbaldi2 tau tp sejak ada ank2 nih maka kuranglh menangis  sb meriah dgn ank2 smpi terlupa nak menangis pulak hahahah...aku kagum dgn diriku sendiri sb berani tabah cekal berdikari dan kuat juga yg paling pentinggggggggggggg SABAR ITU SEPARUH DRPD IMAN walaupun  suami jarang bukan tiada langsung di sisi menemani.so bgi yg ada suami selalu  di sisi hargai masa itu dgn baik.sb tu bila suami sign off pasangan kapal nie selalu brkepit siang dan malam sampai taknak kuar rumah sb masa itu emas.sampai masa suami kena sign on bertugas balik itulah masa yg palingggggggggg syahdu tau!anda tidak mengalaminya tp aku mengalaminya.siapa yg senasib dgnku pasti memahaminya...aku redha dgn tugas suami bahawa rezeki kami  di lautan biru bukan kehendaknya kwn2 tp kerna ditakdirkan rezekinya oleh Allah S.W.T Yang Maha Esa di lautan luas kejadianNya.
maka aku haruslah percaya pd suamiku dan jangan berfikiran negatif itu yg penting.kalau tak percaya aku langsung tak benarkan suamiku belayar kapal sebagai enggineer tugas yg sgt berat utk dipikul juga brtanggungjawab besar dan berisiko tinggi.
kami sgt bersyukur kerana dianugerahkan puteri2 yg comel dan cerdik2 belaka.
alhamdulillah....
krn setiap yg berlaku dan yg pasti berlaku adalah ketentuan Ilahi
kita sendiri tdk boleh mengelak dan mengubah kejadian Allah S.W.T
apa yg kita perlu buat teruskan kehidupan sehingga sampai akhir hayat kita.
wahhhh! dh mcm penceramah bebas plak nih hadoiii!
sorrylah fren sb aku terlalu syok brceramah smpi trlupa ini ruangan blog 
~ttgkitasyg~
sekian terima kasih
sehingga kita bertemu lagi
Assalamualaikum
selamat sejahtera ke atas kamu


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Saturday 4 June 2011

Sejarah hidupku sejak kecil...

www.tips-fb.com





Assalaa'mualaikum,bertemu kita lgi di sini dgn ceta yg baru ceta dr luahan hatiku ini...bkn senang nk memerah idea tp sejak aku ada blog mcm2 idea brputar dlm fikiranku...adehhh!!rasa dah mcm penulis cerpen plak..padahal dlu aku bknnyer suke mengarang karangan bahasa melayu yg cikgu suuh...seb baek SPM BM dpt credit haha...ceta ttg sekolah aku teringat zaman persekolahanku dlu...sungguh seronok dan byk cerita ttg sekolah.kalo nk ceta dlm blog nih mak oiii..pnjng geng tak trlarat korang nk baca tp nnt aku selit2kn ceta ttg diriku nnt ye..pd 22.4.1977 di Hospital Kuala Pilah Negeri Sembilan,seorg bayi brnama aku tlh lahir ke muka bumi
ini...kesian emak sb susah nk melahirkanku.sakit brsalin ditanggung olehnye.terima kasih mak dan ayah TANPA MAK AYAH AKU TDK LAHIR KE BUMI ALLAH SWT..semasa aku kecil mak mmbesarknku di Singapore sb ayahku bekerja sbgai tentera laut tp dah berhenti sejak aku brumur 7thn...aku brsekolah di Johor Bahru.so kalo nk pegi sekolah kena naik trak Navi dan guna passport.best sgt dok singapore..kalo ayah dah keje navi so ayah pon 3 bulan jugak brjauhan dgn mak dan aku juga adik keduaku kakngah.makku tabah sepertiku jugak..mak ayah brhasrat utk duduk di kg Sri Menanti..tmpt penuh brsejarah dan beradat tuh.tp masa aku duduk kg ayah bekerja kg mak pula ambil upah menjahit baju.kira mak aku nih tukang jahit lah.xpenah baju aku adik2 aku beli di kedai sume mak jahitkan..tenkiu mak dan ayah sb membesarkan kami sehinggalah aku dpt 3org adk pompuan kami stay di kg....berhampiran dgn umah makteh dan umah wak atok alang dah arwah skrg..di kg aku brsekolah rendah di Sekolah Tunku Laksamana Nasir Sri Menanti.masa tu aku dilantik sebagai ketua darjah tp penolong lelaki...wah syok jdi ketua darjah bila time cikgu dtg aku ckp"bangun semua,selamat pagi cikgu"then semua murid ikut...bangga jdi ketua darjah tau!masa tuh kwn2 panggil aku wati hehehe,glamour kan nama wati di ambang wati.....aku belajar brsungguh2 akhirnya aku dpt result UPSR 4A1B yg B tu apa ye...aku trlupa plak mybe BI kot sb aku nih lemah BI smpi skrg.tp aku nekad antar ank2 kami tusyen English toturial sb tidak mahu mereka lemah BI nnt nk keje susah ..papa mereka amat menitik beratkan pendidikan ank2 sb papa dia selalu dpt no 1 dlm kelas tau!kira papa dia pandailah..mama dia biasa2 jerk....kalo time exam musti papa dia kol byk kali msg byk kali sb risau ank2 kami dpt result selain A...alhamdulillah ank2 kami pandai bole score A dlm semua mata pelajaran cuma malas jer nk study.budak2 skrg bkn boleh dipaksa2 belajar kan..adoiii.so far kami hanya gunakan sistem SCOREA PROGRAMME utk ank2 kami .e learning lgi bagus sebenarnya sb latih tubi utk menghadapi peperiksaan.
masuk sekolah menengah aku brsekolah di Sekolah Tunku Besar Burhanuddin Sri Menanti jugak...rmi kwn2ku di sana.aku pon ada teman karib masa sekolah rendah dan menengah dlu tp dah lama tdk brjumpa...tp hasrat mak ayah ku ingin menghantarku ke asrama aliran agama akhirnya trcapai sb aku dpt tawaran di Sekolah Menengah Za'ba Kuala Pilah..alhamdulillah.di situ aku belajar ttg ilmu agama ttg solat ttg mengaji dgn lebih terperinci.aku suka duduk asrama sb dpt brdikari tp mula2 tuh aku menangis sb tak sanggup brjauhan dgn amak ayah adik2ku...sungguh sedih tau bila dok jauh dgn family.tp sb aku ingin belajar mnjdi ank yg brguna akhirnya aku nekad sekolah di situ sejak aku di tingkatan 1 smpi tingkatan 5...bgus sgt kalo duduk asrama tau!solat bejemaah qiamullail berzikir dll..aku sgt brsyukur duduk di asrama aliran agama...aku ambik aliran agama smpi tingkatan 3 shj masa SRP dpt result ermm alamak lupa lgi...tp credit 3 arab.buat karangan dlm bahasa arab fuhhh..aku rasa tak trbawak arab nih jdi aku tukar aliran sains pulak nk try bedah2 katak nih...hehe.mak oi geli sungguh bila buat biologi.fizik lgi susah add math lgilah susah ,kimia adehhh lgi susah.kalo tak study xfaham ler..aku slalu tiru jawapan kwnku budak pndai add math...smpi SPM dpt gred 2 aggregat 27 sikit lgi nk gred 1...tu arr sb aku malas nk baca buku last minit nk SPM.inilah resultnya...sb aku memang xsuka mmbaca.kalo math oklah minat skit...sejarah lgilah xsuka adoii...huhu.tp brsyukur dgn result tuh dan aku cuba apply universiti.tp malangnya aku xdpt jawapan sb bidang yg aku pilih computer science susahlh nk dpt kan..huhu.mak ayah brsyukur dan tdk brputus asa dia suuh aku bekerja sementara tunggu result.so aku ikutlah kata org tua kan.kita nih kalo ikut ckp mak ayah mesti diberkati dunia dan akhirat.insyaAllah.lepas tuh mak suuh aku pi interview keje bank sb dia nak tgok aku pakai baju uniform BSN tuh...pi lah interview kt sbn punyalah sempoi tp resultku okay dptlah keje tuh..alhamdulillah..lpas tuh kena kursus di Melaka selama 3 bln tau..berjauhan lgi dgn family...sungguh sedih tp mak ayah selalu dtg melawat aku sejak aku dok asrama smpilah aku dh start kursus...lps kursus aku bekerja di Bsn Seremban dulu selama sebulan...selama aku bekerja tuh aku dilatih utk menghadapi urusan customer di kaunter.byk kerenah byk pengalaman.pengalaman paling sedih sb aku tersalah kira duit seorang cina.dia dtg bank nk bankin duit 5ribu last minit dtg bank..aku rasalah ingat2 lupa nih...jadi nk cepat balik umah aku kira pkai mesin kira duit.dah kira trus key in 5ribu..tp sebenarnya duit itu tak cukup 5 ribu cuma 4700 jerk.sb cina tu campur duit 10 hinggit dlm bundle duit tuh...bila cina tu blik bru aku tahu xcukup.xsempat nak cri cina tuh sb dia dah lari jauh dr alamat ...aku pon cuai sb tak kira pakai tgn..huhu.masa tuh gaji pon belum dapat jadi terpaksalah tolak duit gaji sbln 70hinggit nnt...sadis tul!itulah risiko keje bank nih.xbole leka kena slalu brhati2...lepas sbln barulah aku dipindahkan ke BSN Bahau tempat aku berkenalan dgn suami trcinta....sungguh tak sangka jodohku di sini akhirnya...kalo aku dpt masuk U mesti aku takkan jumpa abg kapal kan kan...inilah takdir Allah SWT..semua ujian perjalanan hidup kita ditentukan olehNYA.keje di bsn byk jugak dugaan mengadap customer kena marah dgn penyelia sampai aku menangis,kena marah dgn customer jugak..haih mcm2 hal....tp yg bestnyer abg kapal beratur line aku neh semata2 nk tgok aku bekerja.jadi aku tersipu2 malu...abg kapal buat urusan pembelian sijil simpanan premium beratur di line aku masa tuh panjang tp kantoi sb pegawai lain dah buka kaunter dr rehat so dia kenalah beratur kt situ.....tp aku perasan abg kapal tuh.siapa lgi abg syg aku ler suami trcinta....tq my dear miss u so much....inilah sejarah hidupku yg akn kusimpan dlm hati sanubariku,dlm diari fikiranku ini...t.ksih kwn2 sb sudi mmbacanya dr awal smpi akhir...oklah smpi di sini dlu buat arini .lenkali ceta lgi kay...see u bye


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Friday 3 June 2011

KUNG FU PANDA 2 THE MOVIE

www.tips-fb.com

hai kwn2..pembaca setiaku,t.ksih sb sudi menjenguk blog aku yg baru diubahsuai sb yg lama mcm xmenarik jerk..apa lgi aku suuh editorku cik Nur Intan make over...eii bestnyer.anytime bole make over kan kan cik intan.mekacih ye...
okay arini ada ceta kelakar skit.nak tahu baca smpi abis tau!arini aku busy menguruskan urusan bank di bank muamalat sbn smpi terlupa arini ari aper...tub2 smpi bank da siap parking bwk ank2 skali.tgok2 bank tutup.hah!terkejut aku..tnye dgn ank2 eh arini ari ape kakak?ari jumaat mama...dia jwb.....adoiii ptutler bank tutup dr kul 12.30 smpi 2.30ptg sb solat jumaat....napelh aku mkin muda belia nih makin terlupa...eh perasan btul muda sebenarnyer dh tua pon lgi 6thn msuk 40 hukhuk...kenalah buat cara org dewasa skit dlu masa muda2 tak matang langsung bru kawin pon msih tak matang...smpi la ni aku rasa tak matang...bilalh nk mtg pon tak tahu bila dh brcucu cicit kot hahahahehehehe...ermmm cmner nk tunggu smpi kul 2.30 nih adoiii lama lgi tuh masa aku dtg pon bru kul 1ptg.pastu tgok ank2 kesian plak cuti2 nih xbawa jenjln jdi aku bwk ank2 tgok movie ceta KUNGFU PANDA 2..sementara bank tu buka nnt tutup sblum kul 4.15ptg...seb baek sempat nk buat urusan siap buka akaun lgi tuh utk simpanan masa depan..movie start kul 2ptg plak xperlh jnji aku stay kt sbn..wow! betapa bestnyer movie nih byk moral yg aku dpt siap gelak2 dgn ank2 dan menangis bila bab sedih...sedih bila bab mak panda terpaksa meninggalkan dia sb dikejar dgn pendekar serigala dan peacock...sb mengikuti kungfu panda 1 jdi fhamlh skit story dia...ank2 trjengkeh2 gelak tgok PO pendekar panda tuh buat lawak...po memang kelakar...bila aku tgok po tu aku dpt rasakan mcm diri aku sendiri sb dia jd pendekar menegak keadilan brlawan dgn musuh...aku lak bru jdi ketua persatuan geng kpl dibntu oleh ajk2 yg kuat.jdi aku kena kuat spt po panda...dia sgt sempoi dan sgt berani...aku suka dgn watak dia tuh...memang seronok dpt meluangkan masa dgn ank2 sb mereka sgt boring dok di rumah shj..aku tahu citarasa ank2 neh...bila tgok mereka mcm sedih jerk apalagi aku bwk mereka jln2 bwk main basikal pergi tmn permainan dll....aku seronok tgok po dan pendekar lain  bekerjasama mcm kita dlm group geng kpl.saling bntu mmbntu sesama kita....kalo rmi yg blum tgok eloklh bwk ank2 tgok ye..insyaAllah pasti brpuas hati...so inilah kung fu panda 2..jln cerita nyer menarik jugak....ending terbaekkk!!jnji ank2 aku happy itu yg penting...aku?lgilh happy dpt rehatkan minda sekejap mncrik idea utk blog neh hehe...oklh layan ye kwn2 tq bye....buat abg tersayang layan tau!tq dear love u mmuahhh.walaupun abg tiada di sisi jauh di mata dekat di hati....

layannnnn.....ek


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Thursday 2 June 2011

Peringkat Seterusnyer Menjenguk & Mengikut Blogger2 Geng Kapal...

www.tips-fb.com

Hello kawan2 slmt pagi semuanyer...mesti ada yg sedang LENA tidur diulit mimpi yg indah..mimpikn org trsyg lah tuh....fuhhhhhhhhhhh lega tul sebab  aku dah follow semua blogger geng kapal dlm blog list PERSATUAN GENG KAPAL.aku dh brjanji akn follow sorang demi sorang dan brkenalan dgn mereka semua nnt.insyaAllah...semua nih memakan masa yg lama jugak .bkn senang nk brkenalan ek BAK KATA ORG TAK KENAL MAKA TAK CINTA DAH KENAL TERINGAT SHJ....memang la ni aku tgh brkenalan dgn seorg demi seorg dlm geng kapal nih sb dh jdi ketua kan.mengenali hati budi masing2 mendekati mereka..insyaAllah.alhamdulillah group yg aku create brsama mereka skrg makin happening selamanya...aku harapkan kerjasama dr mereka semua utk

BERSATU MENJADI SATU KERNA KITA SATU DESTINASI YG SAMA IAITU MENANTI DAN TERUS MENANTI HARI BAHGIA BRSAMA INSAN TRCINTA.

EH!nape gmbr nie yg aku pilih sb hatiku tenang seperti permandangan itu....almaklumlah abg syg@ abg kapal di laut biru....moga abg syg skrg slmt bertugas di kpl baru ....heee.tenkiu my dear sebab kol tdi brtanyekan khabar berita...hatiku sungguh happy!senyum smpi ke telinga nih...mentang2lah kita dh dekat abg di Melaka azie di Negeri Sembilan.owhhh...kalolah abg dpt trun dah lama azie trun ke Melaka nih jumpa abg...seb baik abg dh blik minggu lepas jumpa azie ank2 keluarga...dapatlah topup kasih syg yer....heee...abg skrg teruja sungguh bila tgok belogku .dia kata belog ku dh mengancam ...dia  suuh tukar lagu plak..lagu kitaro katanye adehhh...nntilah yank kasi lagu nih brputar smpi kita boring yo......nnt azie akn tukarkn lagu kitaro pilihan abg yer...insyaAllah.

Belogku ini mkin mngncam sb editor aku yg buatkan hehe t.ksih skali lgi adik NUR INTAN.mekasih ye sb mmbntu akk selama ini...oklah geng itu shj cerita aku arini....pgi yg indah ini seindah hatiku seindah hatimu jua....ceria selalu okay!! Bye Assalaa'mualaikum

P/S PECAH KACA PECAH GELAS SUDAH BACA HARAP BALAS jdi follower aku ler....hehe


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

my signature