Thursday 22 December 2011

satu pengorbanan

www.tips-fb.com

Assalamualaikum...

bertemu kita lagi di sini dgn cerita yg terbaru..sebenarnya idea bukannya byk sgt tp rasa mcm nak update jugak blog kesyganku ini..kalau terlalu rajin, rajinlah sgt .kalau xda masa langsung tak ter update..normallah tue.

Malam nie  kurasa syahdu skit bila dapat tahu berita kemalangan kapal lain di laut..jadi hati ini mula rasa  gelisah tak menentu dan teringatkan suami trcinta di laut biru..bagaimanalah keadaan ombak sekarang dgn keadaan cuaca yg tdk menentu sehinggakan daku ter ombak rindu,sedih dan sgt risau..risaukan abg nun jauh beribu2 kilometer dariku..abg ada cakap "yank,hari rabu nie ada typhoon kt laut"aduhh mulalah hati  nie risau dgn abg..berulang2 kali aku mohon doa utknya "Azie doakan abg selamat pergi dan pulang kepangkuan keluarga tercinta Amin"

Ya Allah,selamatkan pelayaran suamiku dan semua pelaut2 di muka bumimu ini sehingga sampai ke destinasi.Amin ya rabbal alamin.tabahkanlah hati mereka semua..

Beginilah pengorbanan seorang suami, seorang bapa juga seorang anak terpaksa mengharungi keadaan laut yg bergelora demi mencari rezeki yg halal demi keluarga trsyg..bukan itu yg mereka inginkan sebenarnya tapi inilah hakikat dan rezeki yg telah ditakdirkan olehNya.Jadi mereka dan kita harus redha dan berserah bahawa Allah SWT sentiasa bersama dgn org2 yg bersabar sesungguhnya semakin Allah SWT menyayangi hambanya semakin kuat dugaan yg menimpa..

Pengorbanan yg kedua mereka terpaksa berjauhan dgn keluarga trsyg..ikutkan mereka lagi suka bersama dgn keluarga selalu tetapi inilah hakikatnya dan lumrah hidup seorang pelaut..bukan senang ingin menahan kerinduan ini tapi inilah namanya pengorbanan hati dan perasaan.Kita bersyukur masih bersama dgn ank-anak dan keluarga juga saudara..bagi pelaut hanyalah melihat lautan biru sepanjang kerjaya dan mengharungi ombak semata-mata utk mencapai hasrat keluarga.

Maka dengan itu kita juga terpaksa berkorban berjauhan dengan suami trcinta juga partner kita demi masa depan akn datang krn kita tahu rezeki kita di sini...berkorban hati,jiwa dan perasaan krn berkorban itu satu jihad..dan kita seharusnya bersyukur atas anugerah Illahi..bahawa ada org lagi susah dari kita sebenarnya.Cuba lihat di sekeliling kita apa yg ada..Alhamdulillah.

Sebenarnya hati ini risau tapi kucuba menghilangkan keresahan itu dengan menyibukkan diri brsama ank2 dan rakan2 seperjuangan di FB.InsyaAllah semua pasti selamat..berdoa lebih baik dan kata2 itu juga sebagai doa..sekian terima kasih.


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

my signature