Showing posts with label diariku diarimu jua. Show all posts
Showing posts with label diariku diarimu jua. Show all posts

Thursday, 28 July 2011

CINTAku CINTAmu jua

www.tips-fb.com



Assalamualaikum....
Apa khabar kwn-kwn?
Alhamdulillah..brsyukur ke hadrat Ilahi krn di hari Jumaat yg dingin dan indah ini barulah daku brkesempatan utk menjenguk blogku yg terabai agak lama nih.kesian kt blog aku nie...tuan dia sibuk sgt agaknya...maafkan daku MRS BLOG lain kali aku sentiasa menjenguk atau meng UPDATE mu jika masa terluang jika berkesempatan insyaAllah


okay hari ini aku nk sambung penulisanku diariku diarimu jua utk episod seterusnya..bagi sesiapa pembaca setia ttgkisyg aku ucapkn ribuan terima kasih krn sudi membaca.bagi yg belum atau tdk sempat tdk mengapa tiada paksaan.jika masa terluang atau anda sukakan love story bolelah membacanya.tujuanku menulis bkn apa hanya utk mengimbau detik2 percintaan kami brdua..sb takut kenangan itu hilang di telan dek zaman.jd dgn adanya blogku ini dptlah aku dan dia suamiku trsyg yg jauh nun di lautan luas mengimbau kembali detik2 itu.insyaAllah


smpikan suamiku berkata"apa kata azie upload gmbr diari 1998 tue dlm blog"abg memang sgt teruja dgn blogku ini dan dia sgt memberi sokongan pdku.terima kasih yank...aku lebih suka panggil abg yank atau abg...heheheh. sebut2 nama dia kang trsedak2 dia kt kapal tue... 


smpaikan ank2 kami pun dpt baca diari kami brdua nie..ank bongsuku Putri Naziera brkata"mama,rajinnya mama papa menulis!mama papa tak penat ker"sb dia tgok panjang btul ayat2 kami tue.adoiii!kelakar lak aku dgr telatah ank brckp....


kalau ikutkan,diari semua org tak boleh bacakan tp aku suka baca semula dan ingatkan kembali kisah2 lama coretan2 lama yg sungguh jiwang karat itu heheheh.tak sangka aku boleh se jiwang itu aku pon xsedar apa yg aku tulis semua itu dr hati sanubariku dan dia.kalau tgok coretan abg lagiiii lah xterlawan den doh!sb abg dulu masa bujang rajin menulis surat dan menulis diari..bertuahlah bdn kalau dpt pasangan yg suka menulis tp yg tak terlaratnya aku nk membalas surat itu.dulu sampai abg merajuk kt kapal sb aku lambat membalas surat2 dia hukhuk.ialah bila abg dpt surat2 drku bagaikan bonus brbulan2 gaji bagi dirinya di kapal tue.abg sungguh merasa gembira bila aku mengepos surat2 beserta gambar2..senyum smpi ke telinga dan menyuntik semangatnya bekerja di kapal.aku pon byk dpt surat2 dan poskad juga gmbr2 abg..berpucuk2 surat smpi kwn2 sekerja pon jeles gitu heheheh

jadi bagi pasangan bercinta skrg kalau boleh luahkan perasaan anda melalui email,chat dan sms sb zaman skrg dah canggih kan...aku tahu rmi di luar sana sedang bercinta sedangkan aku dan dia abg pon still bercinta dlm sms,email,skype dan chat.gunakan teknologi yg ada skrg utk bercinta..xsemestinya org dh kahwin xperlu bercinta berjiwang bagai lagiiii mau jiwang tau!heheheh
pesanan dr penaja pulak ops sorry!

sebab utk menjaga hati pasangan masing2...keluarkan idea2 bernas anda itu ye jgn disimpan mcm emas.bak kata org mcm ada emas dlm mulut takut nak buka kan...xperlah cri lah idea di mana2 tujukan sajak ker tujukan lagu ker pd pasangan masing2..insyaAllah
akn buat mereka gembira dan bersemangat nk bekerja.

tapi jgn lupa...

i miss u
i love u
jgn tinggal ye heheheh
sb abg selalu msg atau ckp take care,miss u and love u
sebelum penamatkan panggilan telefon drnya atau drku...
aku tahu anda semua lagi dasyat loving2 nya...
xpayah ajar pon ikutkan kan kan...
sekarang semua dh maju ke hadapan.....
baguslah begitu utk merapatkan hubungan suami isteri atau tunang ataupun boyfriend/girlfriend
lagi lamaaaa kahwin lagiii nak loving
sb mcm aku dan dia yg sering berjauhan
perlu jatuh cinta beberapa kali....sb tiap kali abg balik bercuti aku dan abg sgt malu2 mcm bercinta semula....
mungkin bagi org lain rasa janggal tp bagi kami sentiasa menggunakan waktu yg ada utk bercinta...
bercinta dan bercinta
maaflah kalau ada kata2 yg mengguris hati anda ye
kenapa kalau kita berjauhan kita merasa rindu?sayang?
itu tandanya
CINTA

yang terpendam didalam hati dan jiwa..bagaimana cara kita ingin menghilangkan rasa rindu?susah bukan...bkn senang jadi
selami cinta itu seadanya dgn mengimbau memori2 indah kita ....

oklah aku sebenarnya nk mengedit gmbr diariku diarimu jua nie takut diari nie di telan dek zaman.
maaflah aku asyik membebel jer ...moga anda semua tdk merasa sunyi dan sepi ye..
ceriakan hari anda dgn kenangan2 lama itu kalau boleh baca diari atau tgok gmbr2 lama...insyaAllah
terima kasih
good bye


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi. ❤

Friday, 15 July 2011

indahnya percintaan kita episod 3

www.tips-fb.com





sambungan seterusnya lelaki idamanku.. kelebihan yg ada pd abg...





yang pertama, abg seorang yg soleh dan mempunyai ciri2 seorang lelaki yg beriman utk membentuk azie sebab kita selalu dating dan kita selalu solat di masjid bila masuk waktu solat..menegur cara pemakaian azie dan abg suka azie memakai tudung dan tdk suka azie bersolek neutral beauty lah ye.secara automatik azie berubah tanpa dipaksa.azie cuba menepati permintaan abg.t.ksih abg..





yang kedua, abg menggembirakan hati azie seterusnya membahgiakan azie.cthnya bawa azie jln2naik kereta satria warna merah yg begitu menarik perhatian azie.azie memang suka bersiar2 lebih2 lagi dgn bakal tunang trsayang.





yang ketiga, abg adalah seorang yg penyabar,mengambil berat tentang diri azie dan pandai mengambil hati azie.cthnya selalu tunggu azie pergi dan balik kerja since belum kenal pon.itu tandanya abg brsungguh2 ingin memiliki azie.abg ajak azie pergi Melaka..tanya dh mkn ke belum,bagi azie mkn ubat panadol bila azie sakit perut.balut tgn azie semasa tgn terhiris pisau.pegang tgn azie semasa di Taman Buaya takut jatuh.jemput azie balik kerja menghilangkan keletihan azie.sanggup buat apa shj utk azie.thanks a lot my dear





yang keempat, azie bukan shj cinta abg tp syg family abg.ye lah sebelum azie mengenali abg azie kenal kakchik.kaktam dlu.mereka memang baik dgn azie.lepas tu baru kenal emak,abah,banglong,alang,nisah dan mokhriz.cuma kakteh yg azie belum brtemu sb dia belajar di mesir pd masa tu.insyaAllah pasti ketemu jua.





yang kelima, azie suka tingkah laku perangai abg dan cara abg melayan azie.abg memang romantik orgnya tp abg tdk menunjuk sgt dekat azie.azie dpt rasakan yg abg penyayang orgnya.yg paling menarik minat azie pd abg ialah misai abg yg cun tu abg pun smart,hensem.hanya abglah lelaki yg menepati citarasa lelaki idaman azie.jgn buang misai tau!janggut xmau...hehe





yang keenam, kali pertama azie bersua dgn abg saat yg paling brsejarah di kfc bahau 23.11.1997 pabila terpandang wajah abg hati azie rasa tenang bahgia dan terpancar keikhlasan cinta abg.dlm hati azie berkata abglah pakwe terakhir bakal tunang dan suami tercinta sehidup semati.insyaAllah abg seorang yg pandai mengambil hati emak dan ayah juga adik beradik azie.menghormati org tua itu yg penting bagi azie.Alhamdulillah emak dan ayah azie dpt menerima abg dgn sebaik2nya.puas azie memujuk hati emak dan ayah. pd 23.12.1997 adalah hari yg paling gembira buat azie dan abg krn abg tlh membuktikan yg abg begitu menyukai azie dgn cincin tanda.cara begini yg azie suka abg berterus terang.





yang ketujuh, abg selalu berterus terang dgn azie cthnya memberitahu pasal awek abg yg dulu.kisah lama2 abg yg tdk kesampaian.supaya azie mengetahui sebelum org lain membawa cerita yg bukan2.azie tdk suka org berahsia..





yang ke lapan, abg seorang yg sporting,saling faham memahami dan mempercayai azie.sebab azie ada dua kerjaya iaitu bank dan insurance jadi azie bertemu ramai org.kenalah azie berusaha lebih sedikit sebab azie nak bantu emak dan ayah adik beradik azie.abg bagi peluang utk azie menerusnya.abg memberi semangat utk azie cth hantar azie pergi meeting insurance tp bila bersama abg berat nk pergi meeting plak.sebab azie happy dan bahgia di samping abg sentiasa.takpa dah kahwin nanti boleh dating setiap hari ye tak!





yang ke sembilan, abg seorang yg bertanggungjawab terhadap azie.erm apa lagi ye..mungkin kita ditakdirkan bersama utk selamanya.azie bersyukur ke hadrat Allah SWT atas restunya dan kehendakNya kita dipertemukan utk kali kedua di Bahau.smoga kita berdua dirahmati dan diberkati Allah SWT..amin aku cinta padamu,hanya abg segala2nya dlm hidup azie,azie tetap milik abg tiada siapa yg dpt menambat hati azie selain dirimu abg.Ya Allah panjangkanlah jodoh kami berdua.amin pd 1.1.98 abg mengajak azie menonton wayang.di saat itu cinta mula berputik.azie dpt rasakan yg kita sepadan dan mempunyai minat yg sama.azie terasa diri ini disayangi krn azie dpt tgok cerita Titanic.begitu unik sekali krn cerita ini yg membuatkan azie amat sayang pd abg dan lagunya juga menyentuh jiwa bagi org yg bercinta di pelayaran.seperti kita berdua...azie tujukan lagu titanic ini khas buat abg trcinta.smoga abg dpt menghayatinya..
Titanic 1997


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi. ❤

Wednesday, 13 July 2011

indahnya percintaan kita episod 2

www.tips-fb.com

sambungan dr episod 1

"andainya dapat azie undur masa pastinya dapat bertemumu lagi wahai sayang..utk menikmati memori indah bersama abg di Bahau,Kuala Pilah,Seremban,Air Mawang,Melaka,Tampin,Ulu Bendul dll...lupalah pulak.masa berlalu begitu pantas tanpaku sedari bulan manis buat kita akn menjelma azie akn menjadi tunang seorang insan yg amat azie cintai.ikatan pertunangan ini akn berkekalan sehingga berlangsungnya perkahwinan insyaAllah.hanya satu yg azie pinta berilah kepercayaan kpd azie dlm menjalani kehidupan ini semasa abg belayar kapal tanpa rasa keraguan.azie tetap menyintai dan menyayangi abg setulus hati azie.azie memberi kepercayaan penuh kpd abg.semoga abg menjaga kepercayaan azie ini dengan sebaik-baiknya.harapan azie abg tetap setia selamanya.abadikanlah kenangan teramat manis azie dan abg.maafkan azie sekali lagi jika ada terkasar bahasa dan menyentuh hati abg selama perkenalan kita.

i love u
kita ditakdirkan jatuh cinta
kita sering merindu
sehari tak pandang wajahmu azie rindu
rindu itu tandanya sayang
cemburu itu tandanya cinta

azie sgt bahgia bila bersama dan dapat mengenali abg
begitu juga family abg yg mengambil berat tentang diri azie
azie syg abg juga family abg sekali
semoga abg berjaya dalam kerjaya abg
good luck!
abg pasti berjaya mencapai impian abg
salah satu impian abg ialah memiliki azie
krn abg berusaha bersungguh-sungguh
oh kekasih
jiwa ini azie serah hanya padamu
hanya kau yang satu

terimalah lirik lagu ini

"kita berdua bertentangan mata
adakah kita sama2 suka
sejak kita bertemu
kita saling jatuh cinta
mungkinkah itu jodoh
kita berdua
tuhan mentakdirkan kita bersama
kita saling percaya
hidup kita akn bahgia selamanya
kita berdua tdk akn terpisah
krn kita sama2 suka
percayalah keikhlasanku
percayalah kesetiaanku
ikhlas dan kesetiaan
bukti cintaku padamu
oh kasihku
cinta perlukan kesetiaan
cinta bukan mainan
cinta perlukan kejujuran
kembalilah oh kekasihku
kembalilah oh sayangku
cintaku hanya untukmu"

sedap tak lirik lagu ni...?

azie merasa sungguh terkilan krn sikap azie yg terlalu keras hati dan kdg2 azie menyakitkan hati abg.azie rasa amat bersalah.sejak peristiwa azie tdk mahu bertemu dgn abg pd hari sabtu yg lalu begitu menyentuh di jiwa azie.sehingga azie menangis mengenangkannya.azie memohon ampun dan maaf dr hujung rambut hingga hujung kaki.tanda kemaafan azie,azie salam abg dan cium tgn abg.itulah bukti bahawa azie menyayangi,menyintai,merindui,mengasihi abg.maafkan azie..
nak tahu sebab apa azie tak mahu jumpa abg pd masa tu?ceritanya begini..
azie tlh memakai jenama tut! utk muka azie.mula2 elok tp dlm cuaca yg agak panas muka azie naik ruam.lepas tu emak tanya..kenapa dgn muka azie?azie pun kelam kabut dan takut nk bertemu dgn abg.taklah teruk sgt.lepas tu emak bawa pergi jumpa doktor panelambil ubat sapu dan sebamed.alhamdulillah muka azie okay..sejak itu azie tak mahu mencuba jenama lain sebab muka azie sensitif.itulah ceritanya..abg jgn salah faham bukan azie tdk mahu jumpa abg tp azie gemuruh skit bila perkara spt itu berlaku.skrg abg dah tahu ceritanya kan.jgn terasa dan ambil hati lagi ye.
satu lgi azie rasa amat terkilan sb selepas kepulangan abg dr kursus di KL azie langsung tdk menelefon abg utk mengajak keluar.di dlm hati azie sgtlah mengharap dpt bertemu wahai syg.tak tahu kenapa azie tdk telefon abg..ya Allah apalah yg trjadi pd diri azie..
mcm2 yg azie fikirkan abg sibuk mengganggu abg azie rasa terhegeh2 ajak abg keluar dan mcm2 lagi.kenapalah azie berkelakuan begitu terhadap abg selama seminggu..
bila azie dgr rintihan abg iaitu abg selalu tunggu telefon dr azie pukul 11.30-12.00 utk ajak keluar lunch dan pukul 8.00mlm-9.00mlm hati azie sayu teramat sayu..abg terlalu byk mengorbankan masa,tenaga,rm dan mcm2 lagi utk memikat hati azie.azie sungguh berbesar hati dgn usaha abg selama 2thn 5bulan yg membuahkan hasil yg menggembirakan.alhamdulillah..
pengorbanan abg itu akn azie kenang smpi akhir hayat azie..insyaAllah.utk pengetahuan abg byk kelebihan yg ada pd abg membuatkan azie jatuh cinta.nak tahu apa kelebihan itu?secret ler...nanti merajuk pulak abg azie ni .."

bersambung.....


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi. ❤

Monday, 11 July 2011

indahnya percintaan kita episod 1

www.tips-fb.com

hai,mlm yg sunyi sepi ni aku  rajin pulak nk post entry...sebab aku teringat pd suamiku yg sedang belayar kpl .jadi bila rindu apa yg aku buat adalah melihat gambar2 abg dan gmbr2 kami  dlm lappy ni.lepas tue aku terjumpa pulak diari kami 1997-1998-1999  dlu.bila baca balik terubatlah rindu sambil tersengeh2 sendirian.ceritanya begini, diari ni aku yg karang dan aku serah pd abg sebelum dia belayar pd 5.4.1998.tp aku karang separuh dr diari itu dan separuh lagi abg karang semasa dia belayar.bila dia pulang bercuti 6.11.1998 diari diserahkan semula pdku jadi sireh pulang ke gagang.masa kami bercinta dlu memang kami hanya mengutus surat.abg mengutus poskad dan surat yg sgt byk sb abg ni sgt pandai mengarang surat sb tu aku tergoda..dgn ayat2 power dia tue.aku nie pulak xreti mengarang surat tp bolehlah tp xboleh kalahkn abg hehe
aku pulak bekalkan abg kaset terpaksa record suara sendiri.macamlah merdu sgt suaraku ini tp abg kata dia juga tergoda smpi trtido bila dgr suaraku dlm kaset itu.memang unik alam percintaan kami..rasa nk putar masa nk bercinta semula tapi masa makin berlalu dan kita semakin dewasa mngecapi kehidupan alam rumahtangga pula yg lebih membahgiakan sebab dikurniakan ank2 yg comel.diari ni siap syarat2 drku utk abg tau...inilah syarat2nya,

syarat2 membaca buku yg penuh bermakna dan insyaAllah ia dpt membuatkan abg happy dan ceria selalu..

1.  Baca dgn tenang,ikhlas dan hayati setiap ayat yg tertulis.
2.  Pastikan dirimu bahgia atas apa yg azie berikan
3.  Jangan terburu-buru,jaga kesihatan kurangkan merokok please ye bang..
4.  Jikalau abg terlalu merindui azie baru boleh baca.jgn baca waktu kerja.
5.  azie memohon maaf di atas apa yg azie usahakan tdk menepati hati abg.maafkan kesalahan dan tingkah      laku azie yg byk mengecewakan abg.sebenarnya bukan niat azie utk menyinggung hati abg maklumlah manusia pasti melakukan kesalahan.
6.  jgn baca waktu mkn nnt buku ini akn rosak.azie ingin pastikan yg buku ini akn tetap elok sehingga abg pulang kepangkuan azie ye..
7.  lastly,take care of yourself.jaga makan dan minum abg.jgn kerja kuat2 nanti takda siapa nak urut abg.
that's all.terima kasih abg...
seterusnya kita ke alam percintaan yg begitu unik lagi mengusik kalbu..

(diari utk abg)
"abgku yg dicintai dan dirindui selalu,semoga abg di saat ini ceria dan pastinya ingin berehat.sayangku walaupun telah hampir 5 bulan azie mengenali diri abg hati azie tlh tersentuh dgn satu perasaan yg tdk dpt dielakkan.ia lahir dr mata turun ke hati.memang payah utk azie melupakan abg sekaligus kehilangan diri abg.abg tlh berjaya membuka pintu hati dan bakal memiliki azie insyaAllah.apalah yg ada pd azie cuma insan biasa yg serba sederhana.pabila terpandang wajah abg hati azie tenang dan tenteram disampingmu selalu.siang dan malam wajah abg terbayang-bayang.kasihku ketahuilah azie kegelisahan pabila menjalani hidup ini sendirian lebih2 lagi abg belayar nun jauh di sana tanpa hadir di depan mata azie...
apakan daya ini adalah kehendak Allah SWT.hendaklah menghadapinya dgn hati yg redha dan tabah.insyaAllah kalau dh jodoh tidak kemana ye bang...sayangku,azie tak ingin melihat abg bersedih dan tdk ingin melihat abg kecewa utk kali keduanya.akn azie buktikan rasa cinta azie dgn mengembirakan dan membahgiakan hati abg setakat yg azie mampu...
abg,biarpun azie tdk ucapkan lafaz cinta dr mulut azie sendiri namun diri abg sentiasa azie kenang,sanjung krn abg tlh membahgiakan azie selama hampir 5bulan kita mengenali satu sama lain...walau lama tdk bertemu senyummu,tawamu wajahmu sering terpancar di mata azie.walau seketika mesranya amat terasa.terima kasih di atas segala-galanya.hanya abg yg bertahta di hati azie.percayalah abgku sayangggg..."
bersambung.....


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi. ❤

my signature