Thursday, 13 October 2011

berjauhan itu amat memeritkan

www.tips-fb.com




beraya di kg halaman suami trcinta brsama keluarga trsyg


Assalamualaikum...Salam Hari Jumaat buat kawan2 semua...apa khabar?bagaimana dgn kehidupan masing2?   semoga anda semua ceria selalu..aku?bagi aku mood ceriaku makin  berkurangan bila dpt tahu abg syg suamiku tercinta akn mula bertugas semula  esok flight  KLIA -PENANG sebab kapal anchor di sana ..memang perasaanku mula terasa pilu dan sgt sedih bila hantar abg pergi office KL pagi semalam ke station bus Terminal One Seremban utk briefing dan ambik kelengkapan bekerja. bila dpt tahu abg otw nk blik ku tunggu kepulangan dgn ceria tp bila abg balik dari office semalam abg pun berkata "yank,esok abg belayar..."mulalah mukaku dr ceria berubah serta merta rasa airmata mula bergenang dan aku berkata pula."alamak xboleh delay lagi ker yank?"wajah abg pun nampak sedih  seperti tidak sanggup meninggalkan keluarga tercinta.abg kata, dia kalo boleh nak bercuti lama lagi tp office dah banyak kali telefon minta abg aku sign on kapal lgipun komitmen kami masih byk kalau tdk belayar sapa pulak nk byr komitmen kami kan...inilah perasaan yg palingggg aku tdk suka bila perlu berjauhan semula dgn abg...demi tugas dan mencari rezeki di lautan luas...daku relakan dikau pergi sayanggg....walaupun perit rasanya namun ku gahkan jua...tapi aku tak kisah sb aku dah biasa berjauhan sejak mengenali abg lagi dr kami bercinta,bertunang,berkahwin sehinggalah mempunyai 3 cahaya mata ...dulu lagi teruk menangis setiap mlm tp la ni makin brkurangan sejak ada ank2 nie sb merekalah penghiburku di kala sunyi..jadi aku masih boleh bertahan dan bersabar...aku perlu tabahkan  hati dan  kuatkan semangat..cuma aku risaukan perasaan ank2 kami yg masih tdk mengetahui apa2...mereka cuma tahu papanya mencari duit bila belayar kapal..tapi kesian kasih sayang dr seorang papa hanyalah sebulan lebih shj kira hampir 2 bulan sejak abg sign off 20 Ogos 2011 smpilah skrg ...xperlah janji dapat berpuasa dan beraya bersama abg@papa..itupun dh bersyukur sgt2 alhamdulillah...dan aku tahu ank2 kami juga kuat spt mama papanya..

Jadi memang perpisahan sementara ini amatlah memeritkan hati sanubariku..begitu juga kwn2ku yg seangkatan dgnku mereka yg selalu berjauhan demi mencari nafkah yg halal.....hanya mereka yg tabah,cekal,sabar dan ikhlas menanti kepulangan suami trcinta..bukan senang utk berjauhan perlukan kekuatan mental dan fizikal...kita perlu tepis segala yg mendatang dgn kegigihan yg tinggi krn berjauhan bkn sehari dua tp berbulan2...tp suamiku belayar hanya 4 bln shj dulu dia belayar 8 bln pun aku masih boleh bertahan Alhamdulillah..kalau ada rezeki kami pasti berjumpa.insyaAllah..Allah SWT itu Maha Adil Dia telah merancang semua ini dgn bijaksana...krn sesungguhnya sesuatu yg memeritkan itu akn digantikan sesuatu yg membahgiakan...insyaAllah.kami adalah org yg terpilih dan ANDA juga adalah yg terpilih olehNya..redha dgn apa yg tersurat dan tersirat Qada' dan Qadar Allah SWT.oklah itu shj karanganku kali ini....dh mcm budak sekolah pulak ye...xboleh nk mengarang panjang sb  mood tgh sedih dan pilu tp kupujuk hatiku utk jadi kuat sekuat tiger jadi makanlah biskut tiger byk2 heheheh..sorry melawak pulak...nk buat hatiku lebih ceria tp esok aku bakal menangis sekuat2nya utk melepaskn perasaan sayu itu bila suami pergi bertugas..krn kutahu jauh di mata bukan bermakna jauh di hati.menangis itu perlu utk melegakan insyaAllah

terima kasih kawan2

Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan kita


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Saturday, 24 September 2011

masa itu amat berharga seperti emas

www.tips-fb.com

beraya di kampung halaman suamiku bersama keluarga tersyg
Assalamualaikum...

hai apa khabar kwn2?
hai apa khabar MRS BLOGku?
daku mohon ampun dan maaf krn sudah sebulan tdk mengarang blog..menjenguk pun sesekali sebab sibuk menjadi seorang isteri dan mama kpd 3 org ank perempuan powerpuff girl nih..kesian pulak tgok blogku ini tuannya sibuk bebenor.lgipun bdn kurang sihat sejak raya nie almaklumlah mkn mcm2...domam,batuk,sakit tokak dan selsema complete set ...sebonarnyo xada idea pun ye jugak sobab buah hati pengarang jantung sudah sign off iaitu suamiku tercinta dah ada kt umah bercuti.bilo  abg dh ado dopan mato maka aku byk menghabiskan masa bersantai bersama suami trsyg.sejak abg balik bercuti dr bertugas di kapal tangki 20hb Ogos la ni dh hampir sebulan rasa masa itu amat cepat berlalu..secepat kilat.masa amat mencemburui kami..tapi bila menunggu abg sign off punyalah masa berlalu lambat..adeh...perlahan jo mcm kura2..teringat kisah arnab dan kura2 pulak heheheh..

inilah lumrah hidup seorang isteri seorang pelaut MASA ITU EMAS,masa itu amat berharga setiap detik yg berlalu.bila suami dah pulang bercuti setiap saat dan detik amat berkira.rasa taknak lepaskan masa itu pergi..ada tak masa satu hari 48jam?kalo ada bahagianya kurasakan..alangkah indahnya dating bersama suami setiap hari ..rasa selamat bila abg ada di rumah selalu.masa cuti inilah kami byk menghabiskan masa di rumah sambil menonton tv sebab ank2 sekolah.rancangan kegemaran abg apa lagi SPORT ler.maka aku pun layan lah skali sport kegemaran abg tue ..dulu xsuka tgok bola la ni dh suka sgt.abg pun ajak tgok bola di stadium Paroi bila ada game.jadi aku takut masa itu cepat berlalu sb masa utk abg sign on bertugas semula semakin hampir.soalan yg paling aku tak suka bila org tanya "bila  suami  nak belayar?"bagi org yg tdk mengalaminya tentu suka soalan ini tp bagi aku soalan yg paling aku tdk suka dan akn merasa sedih...sebab aku sentiasa MENGHITUNG HARI utk menanti kepulangan suami dan menghitung hari percutian bersama suami.sebagai isteri pelaut memerlukan semangat dan kesabaran yg tinggi tau!kalau tidak sabar dah lama aku terjun laut berenang jumpa suami atas kapal yg sedang belayar merentasi lautan luas..heheheh.alamak aku nie mana pandai berenang...xper nnti abg boleh ajar berenang kan kan abgku syg..bukan senang nk jdi isteri pelaut sgt memerlukan pengorbanan yg besar mendidik dan membesarkan ank2 tanpa suami brbulan2.tapi takpa penantian yg sgt berbaloi bagi aku dan ank2...lagipun aku dah biasa sejak mengenali abg lagi.krn berjauhan bukan bermakna jauh di hati cuma jauh di mata..jadi malam nie aku renung mata suamiku penuh rasa sedih dan amat sayang dengannya..bertambah sayang dan bertambah cinta.sedih untuk melepaskan abg pergi utk belayar kapal semula nanti.tapi takpa walaupun kita berjauhan kita masih boleh berhubung selalu.inilah dinamakan jodoh dgn seorang pelaut.jodoh yg telah ditentukan Allah SWT.kita harus terimanya dgn redha dan ikhlas insyaAllah.sebab tue tajuk blog update pagi nie berkenaan masa sebab masa amat penting dlm hidup kita..masa bersama suami dan ank2 tersayang..aku harus gunakan sebaik2nya.rasa nk stop jer jam dinding tue tp aku tdk berkuasa hanya ALLAH SWT Yang Berkuasa atas segala sesuatu..
bagi yg suaminya dan kekasih hatinya seorang pelaut tentu mengalami pengalaman yg sama sepertiku..jgn bersedih selalu lalui hidup dgn tabah dan kuatkan hati ye..bagi aku kupenuhi masa dgn ank2 trsyg.masa akn lebih pantas bergerak jika aku sibukkan diri..

banyak kelebihannya bila suamiku pulang bercuti nie yg pertama segala tugasku di ambil alih oleh abg seperti jadi driver buat aku dan ank2..wah lega rasanya bila abg balik.kemana shj abg yg drive aku bercuti lah jdi driver heheheh
jadi abglah hantar ank2 sekolah pagi dan petang dan  hantar ank2 tusyen.abg juga pergi ke pasar.tugas aku memasak je kat dapur...
bila aku dan ank2 demam abg hantar ke klinik rasa diri amat selamat di sisi abg...t kasih abg..
yg paling best dapat dating dgn abg di rumah selalu..sambil menonton tv.hidupku lebih ceria dan bahagia bila abg balik...ank2 pun happy sgt bila papa berada di rumah..alhamdulillah dapat menyambut puasa dan Hari Raya AidilFitri bersama suami dan keluarga.ketahuilah setiap pengorbanan itu akn di balas dgn kebahgiaan olehNya.terima kasih abg sebab telah banyak berkorban utkku dan ank2...azie amat sayang dan cintakan abg sepenuh hati..mmuah!

walaupun dah sebulan abg bercuti cukup membuatkan daku gembira dan ceria...masa jgn dikau pergi terlalu cepat sebab aku tidak sanggup berjauhan dgn abg.tp apakan daya terpaksa juga berjauhan demi mencari rezeki di lautan dan demi mencapai impian kami bersama krn hidup ini perlukan pengorbanan.berkorban apa shj, harta ataupun nyawa inilah kasih mesra sehati dan sejiwa...insyaAllah.
demi waktu masa itu amat berharga buat selama-lamanya..masa juga penentu segala2nya.
terima kasih kwn2 krn sudi membaca karanganku ini..dah macam budak sekolah pulak...ohya tentang coretan ank kami yg sulung Nurin Syakira yg selalu anda baca itu .memang kami suka dan menyuruh kakak mencoret serta  mengarang di blogku ini krn blog ini utk kami bersama supaya memperbaiki mutu karangan kakak  untuk persiapan persekolahannya.kdg2 aku dan abg tergelak membaca karangannya itu...papanya yg suruh kakak mengarang di blog ini...semoga anda semua terhibur ye.eh dh mcm rancangan pulak..
oklah sehingga kita bertemu lagi di karangan akn dtg insyaAllah.
semoga mimpi yg terindah bye


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Sunday, 21 August 2011

kawan-kawanku

www.tips-fb.com




Assalamualaikum,semua.

Hari ini Nurin nak cerita tentang kawan Nurin.Kawan Nurin ada 7 orang.Antaranya adalah Fatin Hanani,Farah Inani,Aleeya Natasha,Siti Aishah,Ummu Aisyah dan Hanis Safiah.
Mari saya ceritakan tentang mereka.Fatin Hanani~saya memang sangat-sangatlah rapat dengan dia tapi saya jarang jumpa dia.hai..rindu sangat dengan dia.Farah Inani~dia selalu belanja saya dan suka beratur dengan saya pada setiap masa.Tapi saya kesian dengan dia,sebab saya dah berjanji nak belikan dia pencil tekan tapi saya dah ingkar janjinya...kesian.tidak apa suatu hari Nurin belikan ye.Aleeya Natasha~dia selalu minta duit dengan saya.minta ye bukan pinjam.tapi saya ikhlas sebab dia kata dia tu miskin.Siti Aisyah~saya selalu belanja dia,sebab saya tengok dia tu macam susah je hidup dia,tapi bulan august ni saya tak belanja dengan dia.ye lah,bagilah cuti satu bulankan...puasalah katakan.Ummu Aisyah~kebaikan dia tu sangat melampau,tapi best juga kalau dia terlampau baik sangat.dia belanja ais krim RM1.50 3 kali tau.Hanis Safiah~dia ni suka menolong saya setiap masa.saya pun selalu juga tolong dia.ibarat 'ADA UBI,ADA BATAS,ADA BUDI,ADA BALAS'.inilah sahaja kawan nurin.saya dah naik malu ni,sebab ramai sepupu nurin kat kampung ni tengok nurin.okay,ini sahaja coretanku.semoga berjumpa lagi.by the way,my papa is here right now,welcome home papa!!
wassalam..selamat menghabiskan puasa.


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

my signature