Monday 14 May 2012

Gulai daging salai bacang

www.tips-fb.com





ASSALAMUALAIKUM..

Hai apa khabar kawan2?maaflah dh lama ku menyepikan diri krn bertambah sibuk bila suami sudah start bercuti sejak Selasa 24 April 2012.yabedabedooo!!tapi masa amat mencemburui kami krn masa amat cepat berlalu.Masa takkan tunggu kita tapi kita mengejar masa jadi masa itu spt emas.Bila suami bercuti maka aku pun sibuk di dapur.Okay hari ini aku ingin berkongsi resepi gulai daging salai bacang atas permintaan kawan2 seperjuangan.Jadi tengok gambar je lah yer hihi...


Mula-mula potong daging salai nipis2 supaya senang empuk.



Selepas itu cincang bacang seperti gambar di atas.

Rebus daging salai yg telah dihiris nipis-nipis tadi sehingga empuk.



Bila daging dah empuk masukkan kunyit dan cili api yg telah ditumbuk lumat serta garam kasar atau garam halus juga masukkan santan pekat.Bila santan dah hampir masak barulah masukkan bacang tadi.Tunggu sehingga masak dan naik minyak.



taraa gulai daging salai campur bacang dah siap dimasak dan boleh dimakan dgn nasi panas hehe


Sebenarnya banyak lagi lauk pauk yg aku boleh masak belum di upload masih tersimpan.takperlah lenkali kita kongsi resepi lagi yer..aku bukannya pandai memasak tetapi basic memasak itu penting InsyaAllah.
practical make perfect!!

SELAMAT MENCUBA
TERIMA KASIH



Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

0 ulasan:

my signature