Tuesday 7 February 2012

Selamat Hari Lahir Abg Syg

www.tips-fb.com

Assalamualaikum...apa khabar?

Sudah lama sungguh aku tdk mencoret dlm Mrs Blogku ini..maaf sekali lagi Mrs Blog...senyummm :-)
Sebenarnya hari ini adalah hari yg paling istimewa buat diriku dan juga buat suamiku trcinta krn hari ini adalah hari lahirnya.Aku mesti dan wajib mencoret buat si dia di sana almaklumlah kami PERCINTAAN JARAK JAUH bak kata org PJJ tue..walaupun abg tiada di sisi sedang dlm pelayaran ke Sabah namun hatiku takkan lupakan abg dan sentiasa mengingati abg.Mkn sebut nama abg, minum sebut nama abg nak tido pun teringat abg haishhh...susah utk kuluputkn ingatanku ini.makin terlalu kuat mengingatimu..sebab tue aku busykan diri dgn ank-ank supaya aku tdk terlalu angau.hehehhh

Terimbau kenangan dulu,kami pertama kali bertemu pd Nov 1997 di KFC Bahau setelah berkali2 abg ajak bertemu dan meminta gmbrku melalui adiknya yg juga berkawan dgnku.Akhirnya tarikh itu jugalah bermulanya detik percintaan..tak kusangka cinta pandang pertama,bak kata org dr mata turun ke hati...abg telah melamarku utk menjadikanku isterinya dan aku masih terkejut dan malu..malu tp mahu kot hehe..sebab sebelum ini abg tlh lama usha aku sejak 1996 semasa dia bercuti.Kami hanya berpandangan tp tdk bertemu akhirnya tarikh itulah menjadi saksi segalanya..masa tue aku baru berusia 20 thn dan baru start bekerja BSN Bahau..abg pula berusia 25 thn sebenarnya aku tdk mahu kahwin lagi sb nak bantu mak ayah adik-adik yg masih bersekolah.tetapi kami memang tdk boleh mengelak jodoh dr Allah SWT.Jodoh, ajal maut semuanya di tgn Allah SWT.

Setelah bercinta ,bersabar menunggu berbulan2 almaklumlah abg seorang pelaut The Sailor Man akhirnya kami dinikahkan pd 5 Nov 1999.Ops!sebelum tue keluarga abg merisik pd Dis 1997 dan kami bertunang pd 25 April 1998.Semasa majlis pertunangan abg sedang belayar kapal..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..abg membawaku naik kapal bersamanya pd 2000 dptlah kami honeymoon atas kapal smbil mengenali hati budi masing2 dan inilah kenangan terindah yg susah aku lupakan smpi bila2.Hanya gambar2 yg dpt kusematkan memori2 itu supaya tdk luput di ingatan..Dengan ikatan cinta kami,akhirnya kami dianugerahkan 3 org cahayamata perempuan yg sgt comel.tp sekarang ank2 kami dh bersekolah.Cepat betul masa berlalu pergi..aku tak sangka aku dpt melalui dugaan menjadi seorang isteri pelaut yg saban hari menunggu suaminya pulang kepangkuan keluarga trsyg.Bukan senang dan bukan mudah hanya org2 yg brsbr shj boleh melaluinya..ketahuilah sabar itu untung.biarlah kita bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian..penantian itu bukan satu penyeksaan tp satu kebahgiaan sebab itu bila abg bercuti dr bertugas di kapal adalah sesuatu yg sgt seronok dan masa bersama kami sgt terhad.Saat sign on paling tak suka tp saat sign off adalah palingggg kami suka dan ank2 juga gembira.Abg sign on 15 Okt 2011 dan tak lama lagi abg akn sign off mungkin bulan Mac atau April 2012.InsyaAllah..tak sabar menanti kepulanganmu wahai sayang...



Di sini Azie mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABG SYG.Terima kasih menjadi suami yg terbaik buat diriku menjadi temanku dan kekasihku selama ini.Terima kasih menjadi papa yg penyayang buat ank2 kita...terima kasih atas segalanya..Azie pun tak tahu nak hadiahkan abg apa tp sedang difikirkan. ermmm apa hadiah nak bagi utk abg nie?hehehhh








Semoga abg disihatkan badan,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan selamat dalam pelayaran ke destinasi seterusnya juga berjaya dlm kerjaya abg sebagai pelaut.Azie sgt bahgia bersama abg walaupun kita terpaksa berjauhan hanya Facebook,DIGI,CELCOM dan blog sebagai perantara percintaan@perhubungan jarak jauh kita.Alhamdulillah InsyaAllah.




Hanya yang mengalami sangat sangat memahami...








ketahuilah kami sgt merindui dan menyayangi abg@papa






selamat belayar kapal abg




hati-hati di atas kapal ingatlah org2 tersayang


i miss u love u mmuahh




Assalamualaikum....


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

0 ulasan:

my signature