Wednesday, 16 May 2012

Asam podeh ikan parang

www.tips-fb.com

ASSALAMUALAIKUM..

Hai kawan2 buat apa tue?apa menu makan tengahari kawan2 hari ini?sorrylah sejak dua menjak nie aku terrr rajin plak nk update blog pasal masakanku.Almaklumlah suami sedang bercuti jadi pelbagai jenis masakan aku akn try n error hehe
Hari ini aku pergi ke pasar membeli ikan dan sayur bersama suami tersayang.oh alangkah gembiranya hatiku.Selalunya  pergi pasar seorang jerk sb suami belayar kapal.Inilah saat2 yg terindah ku ingin kecapi.Bila suami ada dialah yg banyak membantuku cth menghantar ank2 ke sekolah kira handing over tugas dgn suamilah.Hanya yg mengalami akan memahami perasaan itu..
oklah kawan2 hari ini aku teringin nak masak asam pedas ikan parang..rasa dah lama xmasak asam pedas sesekali teringin jugak kan.taraaa inilah gambar asam pedas ikan parang khas buat suami dan ank2..


Asam pedas ikan parang campur bendi,daun kesum dan bunga kantan



Alhamdulillah kami semua selesai makan tengahari bersama2..Syukur rezeki dr Allah SWT.Bagi peminat2 asam pedas bolehlah mencubanya.Resepiku senang shj 

bahan2nya

ikan parang
bendi
bunga kantan
daun kesum
asam keping
cili kering di blender
bawang besar,bawang kecil,bawang putih dan halia di blender
serbuk perasa dan garam
belacan jika mahu

Petua utk memekatkan kuah asam pedas ialah bawang besar 2 biji di blender.InsyaAllah 

SELAMAT MENCUBA

GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMA2NYA


Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Tuesday, 15 May 2012

RENDANG PUCUK PEGAGA

www.tips-fb.com







Assalamualaikum...
bertemu lagi kita di entry seterusnya..sebenarnya aku kekurangan idea mlm nie tp teringin nk update blog.ermm apo den nk ceto nih?smbil garuk kepalo..kdg2 idea boleh hilang kdg2 idea dtg secaro tibo2.aik naper aku ckp loghat nismilan nie almaklumlah mlm nie pasukan bolasepak Nismilan monang 3 VS Perak 1.tahniah N9futbol.

okay aku rasa nk update koleksi gambar2 lauk pauk boleh tak?mestilah boleh kan kan...aku xreti masak tp bolehlah makan utk suami ank2 dan keluarga.hehe

Ini rendang pucuk pegaga
sedap dimakan dgn nasi panas
resepi ibu mertuaku

bhn2
pucuk pegaga 3 ikat
santan pekat utk buat rendang
ikan bilis sedikit
cili api ditumbuk bersama kunyit hidup
garam kasar


senang shj buat rendang pegaga kalau rajin cubalah ek.


SELAMAT MENCUBA
TERIMA KASIH











Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

Monday, 14 May 2012

Gulai daging salai bacang

www.tips-fb.com





ASSALAMUALAIKUM..

Hai apa khabar kawan2?maaflah dh lama ku menyepikan diri krn bertambah sibuk bila suami sudah start bercuti sejak Selasa 24 April 2012.yabedabedooo!!tapi masa amat mencemburui kami krn masa amat cepat berlalu.Masa takkan tunggu kita tapi kita mengejar masa jadi masa itu spt emas.Bila suami bercuti maka aku pun sibuk di dapur.Okay hari ini aku ingin berkongsi resepi gulai daging salai bacang atas permintaan kawan2 seperjuangan.Jadi tengok gambar je lah yer hihi...


Mula-mula potong daging salai nipis2 supaya senang empuk.



Selepas itu cincang bacang seperti gambar di atas.

Rebus daging salai yg telah dihiris nipis-nipis tadi sehingga empuk.



Bila daging dah empuk masukkan kunyit dan cili api yg telah ditumbuk lumat serta garam kasar atau garam halus juga masukkan santan pekat.Bila santan dah hampir masak barulah masukkan bacang tadi.Tunggu sehingga masak dan naik minyak.



taraa gulai daging salai campur bacang dah siap dimasak dan boleh dimakan dgn nasi panas hehe


Sebenarnya banyak lagi lauk pauk yg aku boleh masak belum di upload masih tersimpan.takperlah lenkali kita kongsi resepi lagi yer..aku bukannya pandai memasak tetapi basic memasak itu penting InsyaAllah.
practical make perfect!!

SELAMAT MENCUBA
TERIMA KASIH



Terima Kasih Daun Keladi.
Lain kali singgah lah lagi.

my signature